Skip to main content

Selamatkan Seorang Gadis Hampir Dicabul Dalam Tren, Ini Pesanan Lelaki Berkenaan Kepada Semua Wanita


Ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan perkhimatan bas awam, komuter atau LRT untuk ke destinasi masing-masing kerana dapat mengelak dari terperangkap dalam traffic jammed, menjimatkan kos dan mudah.
Namun, kesesakan yang melampau pada waktu puncak membuatkan pengguna tidak selesa, ditambah pula dengan segelintir individu yang suka mengambil kesempatan dengan sengaja menggeselkan badan ke badan wanita lain. Memang kurang ajar.

Perasan gadis Cina ni macam mendengus dan bergerak

Hari ini aku naik komuter balik ke rumah dari KL Sentral. Waktu puncak. Jadi tiada tempat duduk.
Aku berdiri depan pintu masuk. Depan aku ada seorang gadis muda Cina (seperti pelajar kolej) berdiri bersama bagasi. Di sebelah gadis Cina ada seorang lelaki Arab berdiri.
Macam biasa, aku akan buka buku dan baca dalam tren. Sebelum sampai Bank Negara, aku tiba-tiba perasan gadis Cina ni macam mendengus dan bergerak sedikit hampir kepada aku. Aku beri ruang.
Selepas Bank Negara, aku perasan macam gadis Cina ni macam tak keruan. Asyik nak bergerak menjauhkan dari sesuatu. Aku tutup buku.
Aku perasan gadis Cina ni selang beberapa saat pasti tengok tangan lelaki Arab di sebelahnya.
Aku tengok lelaki Arab tu. Dia pula asyik-asyik tenung badan gadis Cina.
Sah. Mesti ada tak kena dengan lelaki Arab ni. Aku perhati saja.
Lelaki Arab selalu hayun tangan. Konon macam nak pegang tiang situ, nak pegang pintu sini. Nak keluarkan telefon bimbitlah. Nak garu badanlah. Tapi pegerakan tangan dia semua macam nak menyentuh gadis Cina ni.
Aku dah panas. Aku tenung dia lama-lama. Tapi dia buat tak tahu.

Seorang lelaki Arab cuba menyentuh gadis Cina itu tapi tak kena

Menghampiri stesen Putra. Tren nak berhenti. Dia buat pula badannya konon nak terikut bergoyang sehingga hampir nak menyentuh ke gadis Cina ni. Tak sempat kena. Sebab aku dah mendengus. Dia cepat berdiri tegak semula.
Aku tanya gadis Cina tu sedikit perlahan.
“Did he touch you?”
Tak jawab. Tunduk muka. Dalam hati aku, tak faham Bahasa Inggeris ke dia ni.
Lelaki Arab tu buat perangai hayun tangan nak menghampiri badan gadis Cina tu lagi. Gadis Cina tu dah rapatkan tangannya ke badan.
Aku tanya lagi. Sedikit perlahan.
“Dia tadi pegang you ke?”
Tak jawab. Tunduk muka. Dalam hati aku, tak faham Bahasa Melayu ke dia ni.
Aku tenung laki Arab tu. Hati makin panas. Rasa nak tumbuk saja muka. Sebabnya dia masih lagi nak buat-buat hayun tangan. Mulut aku dah kumat kamit mencarut. Entah berapa banyak pahala puasa aku habis.

Aku cepat-cepat suruh dia masuk ke dalam sedikit & lelaki Arab cuba mengekori

Selepas stesen Segambut, aku suruh gadis Cina tu bergerak bahagian dalam sedikit menjauhi pintu dan laki Arab.
Cepat-cepat dia masuk. Sampai tergoleklah bagasi dia. Eh, faham pula gadis Cina ni, dalam hati aku berkata.
Tak lama lepas tu, laki Arab ni buat cuba-cuba nak masuk dalam. Aku halang dia. Berdirilah kau di belakang aku. Kalau kau raba punggung aku, buka puasa makan penyepaklah jawabnya.
Barulah aku nampak gadis Cina ni tadi jadi selesa. Memang sah lelaki Arab tu cuba mencabul.
Lelaki Arab tu turun di Kepong.
Gadis Cina tu turun di Kepong Sentral. Tapi dia sempat tengok aku dan anggukkan kepala sebelum turun.

Wanita, mintalah tolong orang sekeliling

Kepada perempuan Malaysia, kalau kena raba tu silalah minta tolong orang sekeliling. Kalau orang dah tanya tu, silalah jawab. Aku memanglah spesis kurus melidi. Tapi aku pun akan minta tolong orang lain sama-sama “uruskan” lelaki macam ni. Lagi pula laki pendatang asing. Mencabul ni hina.
Kepada gadis Cina, jangan kau ingat kerana aku Melayu dan Islam, aku tak akan tolong kau. Jangan kau ingat aku akan pertahankan tindakan lelaki Arab yang sama agama dengan aku.
Tak kira lah samada kau perempuan Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Serani, Bidayuh, Jakun. Atau Buddha, Kristian, Hindu, Freethinker. Kalau ada lelaki macam ni cuba mencabul, ramai lelaki yang berlainan bangsa dan agama dengan kau sedia menolong. Cuma tolong beritahu sajalah.
Sumber asal dari : FB Mohd Norhafiz

Sumber : Ohbulan!

Popular posts from this blog

6 Jenis Perniagaan Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM 10,000 Sebulan

Sumber : Majalah Niaga Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau bekas staf Malaysia Airlines yang dibuang kerja baru-baru ini. Saya senaraikan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan anda. #1 – Berniaga Buah Potong Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, harus sasarkan jual 600 plastik sehari, cari lokasi yang ramai orang (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang) paling tidak anda akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500. #2 – Khidmat Potong Rumput Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar rm60. Kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan,  deal  pelanggan, ambil hantar pekerja dan  collect ...

ALAT PEMADAM KEBAKARAN SIDOARJO | 081 33 594 1964

ALAT PEMADAM KEBAKARAN SIDOARJO ALAT PEMADAM KEBAKARAN SIDOARJO | 081 33 594 1964 Hub 081 33 594 1964ABC DRY Chemical Powder Jenis Chemical Dry Powder (ABC) adalah serbuk kimia kering yang aman dan serba guna untuk memadamkan api dengan cepat yang diakibatkan oleh kain, kertas, kayu, listrik, maupun cairan serta gas yang mudah terbakar (LPG). Powder ABC ini tidak mudah menggumpal dan selalu siap pakai, tidak beracun dan tidak menghantarkan listrik. SUPER BUSA Adalah busa mekanik yang sangat ampuh untuk kebakaran yang disebabkan oleh benda padat serta barang cair seperti bensin, thinner, oli, dll. Karena busanya bisa membentuk semacam lapisan film yang menutup permukaan untuk menghindari api yang dapat menyala kembali sehingga kebakaran dengan cepat dan mudah diatasi. CARBON DIOKSIDA (CO2) CO2 adalah bahan kimia dengan daya pemadaman yang efektif dan bersih. Gas CO2 sangat cocok digunakan untuk cairan yang mudah terbakar dan berbahaya yang disebabkan oleh listrik serta pera...

Panik Troli Penuh Barang Tertukar, Rupanya ...

Panik Troli Penuh Barang Tertukar, Rupanya Ini Taktik Licik Pencuri Di Pasaraya Sudah jatuh ditimpa tangga! Hasrat seorang wanita berbelanja di sebuah pasaraya terbantut apabila dirinya menjadi mangsa ‘tukar troli’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Modus operandi pencuri terbabit memang licik. Mangsa akan diperhatikan gerak geri sebelum mereka menukar troli yang penuh berisi barang yang sudah dibeli tatkala mangsa terleka. Tertukar troli? Saya nak share satu kejadian yang berlaku pd saya di KIP Mart Masai mggu lepas. Peristiwa ini saya harap dapat menjadi iktibar pada semua. Semoga anda semua lebih berhati2 ketika berbelanja di sana. Pukul 6 ptg saya tiba di kip mart. Parking di bhgian pasar basah. Terus beli ikan n barang2 dapur. Kemudian sya beli buah2an 6-7 jenis untuk buat gubahan hantaran majlis kawin adik saya pd esok harinya iaitu 28hb Mei. Lenguh jg berdiri pilih buah yg besar2 dan molek2, maklum la utk ha ntaran kan. Lepas tu terus pegi bhgian pakaian....